Pengelasan Isi Rumah 2020 | Student Affairs Division
» ARTICLE » Pengelasan Isi Rumah 2020

Pengelasan Isi Rumah 2020



Kumpulan isi rumah B40, M40 dan T20 boleh diperincikan kepada 10 kategori berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019.

Laporan Penemuan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang dibentangkan oleh Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, menyatakan bahawa B40 boleh diperincikan kepada B1, B2, B3 dan B4; M40 kepada M1, M2, M3 dan M4 manakala T20 kepada T1 dan T2.

Bagi kumpulan isi rumah B40, mereka yang berpendapatan bawah RM2,500 boleh diletakkan dalam kategori B1, RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170 hingga RM3,969 pula dalam B3; manakala RM3,970 hingga RM4,849 adalah di bawah B4.

Bagi kumpulan M40, M1 adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,850 hingga RM5,879; M2 untuk berpendapatan dari RM5,880 hingga RM7,099; M3 untuk RM7,110 hingga RM8,699; dan M4 pula berpendapatan antara RM8,700 hingga RM10,959.

Bagi T20, isi rumah yang berpendapatan antara RM10,961 hingga RM15,039 adalah dalam kategori T1; manakala T2 dengan isi rumah berpendapatan RM15,040 dan ke atas.

Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 menunjukkan kumpulan B40 pada tahun 2019 merangkumi kira-kira 2.91 juta isi rumah, M40 membabitkan 2.91 juta isi rumah dan kira-kira 1.46 juta isi rumah berada dalam kumpulan T20. Survei yang dijalankan Jabatan Perangkaan melalui kaedah temu ramah secara bersemuka dalam tempoh 12 bulan bermula Januari 2019 itu melibatkan 7.3 juta isi rumah warganegara Malaysia.

sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Date of Input: 18/07/2020 | Updated: 18/07/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1596468822